KINI CHEF BERSAMA ANDA DI DAPUR RUMAH

KINI CHEF BERSAMA ANDA DI DAPUR RUMAH
Untuk Tempahan Sila Hubungi 0165029902

PEMPROSESAN SOS CHEF D'RUMAH

UNTUK TEMPAHAN SILA HUBUNGI : 016 502 9902

Sunday, July 5, 2009

PENGHANTARAN STOK 'MENDESAK' KL

Minggu ini, CDR dapat tempahan lagi dari KL. Alhamdullillah orang KL dah mula 'gian' dengan sos-sos CDR. Nak tak nak, oleh kerana tempahan 'mendesak' ini, terpaksa menggunakan khidmat jiran-jiran untuk pembungkusan dan label.

Terima Kasih buat Abg Saiful dan Abg Fizul kerana membantu.
CDR bergerak dari Manjung ke KL jam 10malam semalam, siap bawa 2 puteri CDR dan suami bersama Abg saiful sebagai Profesional Driver. Singgah di Gulam Rasul isi perut dulu sebelum driver memecut terus ke Ampang, KL.
Memang pecut betul....130-150km/h. Siap pakai glove lagi...betul2 pro-diver.
Sampai di Ampang Point jam 1 pagi seperti yang dijangkakan. Nasib Kak Ain dan suami sanggup jumpa kami di sini awal pagi, malam minggu di KL bisnes pun jalan......Kami transfer kan stok-stok dan Kak Ain minta kalau boleh hantar lagi pada 12 Julai ni. Wah! Tak sangka Kak Ain punye bisnes laju dari CDR. Apapun, terima kasih pada Kak Ain dan Suami kerana membuat tempahan sos-sos ini dan bakal sos baru.
Selepas selesai, kami terus ke Taman Bunga Raya hantar stok di Hajah Catering, Setapak. Esok, pelanggan yang dah order boleh collect di Hajah Catering. Kami tidak bermalam di KL kerana stok sos-sos sudah habis dijual dan CDR terpaksa memulakan proses sos-sos pagi ini dengan di bantu oleh adik angkat, Sdr. Rio.
CDR juga nak ucap terima kasih pada Abg Atan kerana mencipta logo dan banner untuk CDR. Setahu CDR, Abg saiful, Abg Fizul dan Abg Atan ni group blog suami CDR - Otai Manjung. TQvm OM.


Wednesday, July 1, 2009

TIGA LAGI SOS BAKAL DI PASARAN

Seminggu ini, CdR tak menang tangan, maaf kepada yang pelanggan yang terpaksa berulangkali untuk pengambilan stok. Fyi, sos-sos ini tidak diproses dalam kuantiti yang banyak bagi menjamin resepi dan mutunya walaupun ia boleh disimpan dalam peti ais untuk selama bebulan-bulan, ia tidak menggunakan sebarang bahan pengawet. Kalau di Jepun, ia berkonsepkan J.I.T (Just In Time) mengikut tempahan dan keperluan pelanggan.
CdR terpaksa mengguna khidmat jiran-jiran untuk memastikan setiap tempahan dikeluarkan mengikut kehendak pelanggan. Buat masa ini, ada jemputan untuk membuat demo cara penyediaan hidangan kepada sos-sos ini di rumah-rumah pelanggan, tapi masih tidak dapat menunaikannya.
Insyaallah, dalam masa terdekat ini CdR akan tunaikan atas permintaan ramai.
Minggu ini, CdR cuba memproses tiga lagi jenis sos iaitu 'Mongolian Sauce', 'Sweet & Sour Sauce' dan satu lagi akan diumumkan kemudian. Bagaimana CdR mengucap ribuan Terima Kasih kepada rakan yang sudi mempromosinya hingga ada yang menempah stok untuk dibawa ke Kuala Lumpur dan juga kepada semua para pelanggan sekitar Manjung.
Harapan CdR agar para pelanggan berpuashati dan terus menempah sos-sos ini.
Terima Kasih.
Cara-cara Penyediaan Hidangan:
TEMPAHAN, SILA HUBUNGI CHEF D'RUMAH : 016 502 9902