CDR bergerak dari Manjung ke KL jam 10malam semalam, siap bawa 2 puteri CDR dan suami bersama Abg saiful sebagai Profesional Driver. Singgah di Gulam Rasul isi perut dulu sebelum driver memecut terus ke Ampang, KL.
Memang pecut betul....130-150km/h. Siap pakai glove lagi...betul2 pro-diver.
Sampai di Ampang Point jam 1 pagi seperti yang dijangkakan. Nasib Kak Ain dan suami sanggup jumpa kami di sini awal pagi, malam minggu di KL bisnes pun jalan......Kami transfer kan stok-stok dan Kak Ain minta kalau boleh hantar lagi pada 12 Julai ni. Wah! Tak sangka Kak Ain punye bisnes laju dari CDR. Apapun, terima kasih pada Kak Ain dan Suami kerana membuat tempahan sos-sos ini dan bakal sos baru.
Selepas selesai, kami terus ke Taman Bunga Raya hantar stok di Hajah Catering, Setapak. Esok, pelanggan yang dah order boleh collect di Hajah Catering. Kami tidak bermalam di KL kerana stok sos-sos sudah habis dijual dan CDR terpaksa memulakan proses sos-sos pagi ini dengan di bantu oleh adik angkat, Sdr. Rio.
CDR juga nak ucap terima kasih pada Abg Atan kerana mencipta logo dan banner untuk CDR. Setahu CDR, Abg saiful, Abg Fizul dan Abg Atan ni group blog suami CDR - Otai Manjung. TQvm OM.